Archive for May, 2012

Filem Doraemon kali ini adalah mengisahkan tentang sekumpulan manusia daripada  angkasa lepas yang menemui sebuah planet baru yang kaya dengan pelbagai sumber mineral. Kekayaan tersebut menyebabkan kehidupan mereka menjadi tidak aman kerana sering diganggu oleh lanun yang inginkan mineral yang bernilai itu.

Kisah ini bermula apabila Nobita telah bermimpi bahawa sekumpulan manusia telah terperangkap di dalam ribut tenaga di angkasa lepas. Namun tanpa disangka, mimpi Nobita tersebut telah menjadi kenyataan dan beliau sendiri telah menjumpai salah seorang daripada kumpulan tersebut yang bernama Loppic. Mereka telah berkenalan secara tidak sengaja melalui ruang dimensi di bawah papan kayu di bilik Nobita yang bersambung terus dengan kapal angkasa milik Loppic.

Loppic akhirnya meminta bantuan Doraemon dan rakan-rakan bagi membantunya  mengembalikan keamanan planetnya daripada kekacauan yang ditimbulkan oleh lanun-lanun tersebut. Maka bermula lah pengembaraan Doraemon, Nobita dan rakan-rakan dalam membantu Loppic untuk menewaskan lanun-lanun tersebut.

Bagi mengetahui lebih lanjut tentang kesudahan cerita ini, anda boleh mengklik page Animasi diatas atau link page yang telah disediakan di bawah.

Sekian Terima Kasih

YRC

LINK PAGE

https://futureway92.wordpress.com/animasi-b/doraemon/doraemon-movie-nobita-and-the-hero/

Filem Doraemon kali ini telah menceritakan mengenai persahabatan antara Nobita dan sahabat tumbuhan mereka yang bernama Kibo. Kibo merupakan tumbuhan yang dijumpai secara tidak sengaja oleh Nobita dan dipelihara olehnya dengan bantuan alat Doraemon. Sepanjang perkenalan mereka, pelbagai peristiwa manis telah berlaku diantara mereka.

Pada masa yang sama, Doraemon, Nobita dan rakan-rakan terpaksa berusaha menyelamatkan manusia di bumi daripada serangan satu kumpulan tumbuhan asing yang ingin menyerang penduduk  bumi kerana tidak berpuas hati dengan layanan buruk yang diberikan manusia  kepada tumbuhan disana. Mereka ingin membalas dendam terhadap manusia yang telah mencemarkan alam sekitar dengan menggunakan kuasa yang terdapat pada diri Kibo bagi melakukan kemusnahan di bumi.

Dapatkan Doraemon dan rakan-rakannya yang lain menghalang tumbuhan asing ini daripada menghancurkan penduduk bumi, marilah kita sama-sama menyaksikannya. Bagi mengetahui lebih lanjut tentang kesudahan cerita ini, anda boleh mengklik page Animasi diatas atau link page yang telah disediakan di bawah.

Sekian Terima Kasih

YRC

LINK PAGE

https://futureway92.wordpress.com/animasi-b/doraemon/doraemon-movie-nobiita-and-the-green-giant-legend/

Filem Doraemon kali ini mengisahkan tentang seorang puteri duyung yang bernama Sofia yang sedang mencari pedang warisan milik kerajaannya yang telah hilang. Beliau telah secara tidak sengaja telah berkenalan dengan Doraemon dan Nobita  disebabkan oleh satu insiden yang yang tidak disangkakan. Sofia  telah meminta bantuan Doraemon dan rakan-rakannya untuk mencari pedang warisan tersebut bagi membolehkan puak Sofia dapat pulang semula ke planet asal mereka.

Maka, bermulalah pengembaraan kelima-lima sahabat ini untuk memcari pedang warisan tersebut di dalam lautan yang luas disamping terpaksa menempuh pelbagai rintangan dan dugaan dalam usaha mencarinya. Saksikan kisah hebat pengembaraan mereka semua dalam mencari pedang tersebut yang dibantu dengan alat-alat ajaib milik Doraemon dengan mengklik page Animasi diatas atau link yang disediakan dibawah.

Sekian Terima Kasih

YRC

LINK PAGE

https://futureway92.wordpress.com/animasi-b/doraemon/doraemon-nobitas-great-battle-of-the-mermaid-king/

DORAEMON

Posted: May 20, 2012 in ANIME

Cerita animasi popular ini mengisahkan tentang sebuah robot yang bernama Doraemon yang berasal daripada abad ke 22, dihantar oleh tuannya, Sewashi Nobi untuk membantu moyangnya yang bernama Nobita yang berada di abad ke 20. Tujuan Doraemon dihantar ke masa lalu adalah untuk membantu Nobita mengubah kehidupannya yang sangat menyedihkan dan membawanya ke arah yang lebih baik.

Pelbagai masalah telah berlaku dalam usaha Doraemon untuk membantu Nobita yang kebanyakkannya berpunca daripada Nobita sendiri dan rakan-rakannya.

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang kisah animasi ini, anda boleh membacanya dengan mengklik page Animasi diatas dan sub pagenya.

Sekian Terima Kasih

YRC

LINK PAGE

https://futureway92.wordpress.com/animasi-b/doraemon/

Filem Doraemon kali ini mengisahkan pengembaraan Nobita dan Doraemon serta rakan-rakan yang pergi menjelajah ke lautan Carribean bagi mencari harta karun yang tersembunyi di sebuah pulau. Dalam perjalanan tersebut, mereka semua telah ditimpa dengan pelbagai peristiwa aneh dan dibawa ke abad 17 secara misteri. Disana mereka telah menjumpai sekumpulan lanun yang juga ingin mencari harta karun tersebut.

Jika ingin mengetahui lebih lanjut, anda boleh membaca artikel mengenai sinopsis dan ulasan yang terdapat di page Animasi diatas ini.

Sekian Terima Kasih.

YRC

LINK PAGE

https://futureway92.wordpress.com/animasi-b/doraemon/anime-terkenal/