DORAEMON MOVIE: NOBITA AND THE GREEN GIANT LEGEND

Posted: May 21, 2012 in ANIME

Filem Doraemon kali ini telah menceritakan mengenai persahabatan antara Nobita dan sahabat tumbuhan mereka yang bernama Kibo. Kibo merupakan tumbuhan yang dijumpai secara tidak sengaja oleh Nobita dan dipelihara olehnya dengan bantuan alat Doraemon. Sepanjang perkenalan mereka, pelbagai peristiwa manis telah berlaku diantara mereka.

Pada masa yang sama, Doraemon, Nobita dan rakan-rakan terpaksa berusaha menyelamatkan manusia di bumi daripada serangan satu kumpulan tumbuhan asing yang ingin menyerang penduduk  bumi kerana tidak berpuas hati dengan layanan buruk yang diberikan manusia  kepada tumbuhan disana. Mereka ingin membalas dendam terhadap manusia yang telah mencemarkan alam sekitar dengan menggunakan kuasa yang terdapat pada diri Kibo bagi melakukan kemusnahan di bumi.

Dapatkan Doraemon dan rakan-rakannya yang lain menghalang tumbuhan asing ini daripada menghancurkan penduduk bumi, marilah kita sama-sama menyaksikannya. Bagi mengetahui lebih lanjut tentang kesudahan cerita ini, anda boleh mengklik page Animasi diatas atau link page yang telah disediakan di bawah.

Sekian Terima Kasih

YRC

LINK PAGE

https://futureway92.wordpress.com/animasi-b/doraemon/doraemon-movie-nobiita-and-the-green-giant-legend/

Leave a comment