IBADAT YANG CACAT

Al-Hassan dan Al-Husein, putera Saiyidina Ali bin Abi Thalib ra., pergi ke masjid dan menjumpai seorang lelaki tua yang sedang berwudhuk lalu solat. Ternyata, wudhuk dan solat orang tua itu kurang sempurna. Hasan dan Husein ingin menasihati dan membetulkannya, tetapi khuatir menyinggung perasaannya.

Akhirnya, mereka sepakat untuk menegurnya dengan cara hikmah dan bijaksana.

Di hadapan orang tua tersebut, mereka berpura-pura berdebat dan masing-masing mengatakan bahawa dialah yang lebih benar wudhuk dan solatnya. Mereka lalu meminta orang tua itu untuk menilainya. Lalu, masing-masing melakukan wudhuk dan solat.

Setelah orang tua itu melihat cara berwudhuk dan solat mereka, akhirnya lelaki itu menyedari bahawa wudhuk dan solatnya ternyata cacat serta tidak sempurna sebagaimana wudhuk kedua pemuda itu.

Lelaki itu berkata kepada Hassan dan Husein, “Alangkah baiknya wudhuk dan solat kamu berdua, serta alangkah baiknya bimbingan dan nasihat kamu kepadamu. Semoga Allah merahmatiku.

NOTA

Penulis betul-betul berharap yang para pembaca yang telah membaca blog ini agar men “follow”  blog ini atau meletakkan status “like” di facebook serta menyebarkan mengenai blog ini kepada kenalan anda yang lain agar perkembangan blog ini dapat diteruskan.

YRC

Rujukan

Khairul Ghazali, (2007). “Ketawa dan Tangis Manusia”. 15A, Tingkat 1, Wisma Yakin, Jalan Masjid India, 50100, Kuala Lumpur. Darul Nu’Man. Tajuk 2 (m.s 1). http://www.darulnuman.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s