INGIN DEKAT DENGAN MAKAM RASULULLAH

Khalifah Harun Ar-Rasyid yang memerintah di Baghdad berziarah ke Masjid Nabi di Madinah. Ketika itu, Imam Malik sedang memberi syarahan kepada kaum Muslimin. Selesai memberi syarahan, Khalifah berkata kepadanya: “Wahai Imam Malik, alangkah bahagianya kami bila tuan mahu datang ke rumah kami dan mengajar kami”.

Imam Malik menjawab: “Wahai Amirul Mukminin, ilmu itu didatangi, bukan mendatangi”. Khalifah menyedari kesilapannya lalu berkata” Baiklah, bermula esok, aku akan datang ke sini untuk mengikuti majlis ilmumu”

Imam Malik berkata: “Kalau Amirul Mukminin mahu mengikuti pelajaranku di dalam masjid ini, tuan tidak boleh datang terlambat. Bila tuan datang terlambat, aku tidak akan mengizinkan tuan duduk di depan dengan melangkahi orang lain”.

Khalifah menjawab: “Dengan senang hati, wahai Imam Malik”. Keesokkan harinya, rombongan Khalifah datang memasuki masjid. Salah seorang pengawalnya membawa kerusi untuk tempat duduk Khalifah. Melihat hal itu, Imam Malik menyampaikan hadith Rasulullah S.A.W. : “Barang siapa bersikap rendah hati kepada saudaranya sesama Muslim maka Allah akan mengangkat darjatnya, dan barang siapa mengangkat diri terhadap orang lain maka Allah akan merendahkannya”.

Sebelum meninggalkan Madinah dan pulang ke pusat pemerintahannya di Baghdad, Khalifah singgah di rumah Imam Malik. “Wahai Imam Malik, terimalah hadiah ini,” kata Khalifah sambil memberikan wang 400 dinar.

Imam Malik menolak sambil berkata, “Maafkan aku, wahai Amirul Mukminin. Aku tidak berhak menerima sedekah dan tidak mampu menerima hadiah”. Khalifah terkejut dan bertanya: “Mengapa tuan menolak hadiah sedangkan Rasulullah mahu menerimanya?”.

Imam  Malik menjawab: “Memang benar, tetapi aku bukan Nabi Muhammad. Ambillah wang tuan,dan selamat jalan”.

Pada hari yang lain, Khalifah menjemput Imam Malik berkunjung ke Baghdad, pusat pemerintahannya. Tetapi Imam Malik menolak jemputannya itu seraya berkata: “Aku tidak ingin berada jauh dari tempat Rasulullah S.A.W. dimakamkan”.

NOTA

Penulis betul-betul berharap yang para pembaca yang telah membaca blog ini agar men “follow”  blog ini atau meletakkan status “like” di facebook serta menyebarkan mengenai blog ini kepada kenalan anda yang lain agar perkembangan blog ini dapat diteruskan.

YRC

Rujukan

Khairul Ghazali, (2007). “Ketawa dan Tangis Manusia”. 15A, Tingkat 1, Wisma Yakin, Jalan Masjid India, 50100, Kuala Lumpur. Darul Nu’Man. Tajuk 41 (m.s26). http://www.darulnuman.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s