KENDERAAN AJAIB

Seorang pemuda sedang dalam perjalanan menuju Baitullah dengan mengenderai unta yang gagah perkasa, kerana perjalanan memang jauh, melintasi padang pasir dan bukit bukau.

Di tengah perjalanan, pemuda itu bertemu dengan seorang lelaki tua, yang tak lain adalah Ibrahim bin Adham. Dilihatnya, Ibrahim sedang berjalan gagah di padang pasir yang tandus itu. Tentu saja pemuda itu kehairanan. Ia lalu bertanya:

“Wahai Syeikh, hendak ke mana engkau. Bukankah udara begini panas, mengapa tidak naik kenderaan?”

“Saya akan pergi ke Baitullah untuk menunaikan haji,” jawab Ibrahim.

“Syeikh, gilakah engkau? Bukankah Baitullah itu jauh? Bukankah semua orang yang pergi ke sana menaiki kenderaan? Bila engkau akan sampai ke sana dengan berjalan kaki begini?”

“Wahai anak muda,” kata Ibrahim, “Saya ini ke Baitullah juga naik kenderaan. Cuma kamu saja yang tak dapat melihatnya.”

“Mana kenderaanmu?” tanya pemuda itu penuh kehairanan.

“Jika saya melintasi jalan yang sukar dan mendaki, saya menaiki kenderaan sabar. Jika jalannya mudah, saya menaiki kenderaan syukur. Bila musibah menimpa saya, saya naiki kenderaan redha. Jika saya tersesat jalan, saya naiki kenderaan tawakal. Inilah kenderaan saya, wahai anak muda.”

Mendengar jawapan itu, si pemuda terkejut. Dengan penuh takjub, ia berkata: “Syeikh, kenderaanmu sungguh luar biasa. Boleh berjalan di seluruh penjuru dan dalam keadaan segala keadaan.”

YRC

Rujukan

Khairul Ghazali, (2007). “Ketawa dan Tangis Manusia”. 15A, Tingkat 1, Wisma Yakin, Jalan Masjid India, 50100, Kuala Lumpur. Darul Nu’Man. Tajuk 76 (m.s 57). http://www.darulnuman.com

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s