KERAJAAN ISLAM PADA ZAMAN KHULAFA AR-RASYIDIN

Zaman Khulafa Ar-Rasyidin merupakan zaman pemerintahan Islam yang dijalankan oleh para sahabatImage selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W.  Corak pemerintahan yang dijalankan oleh kerajaan ini adalah berdasarkan corak pemerintahan Nabi Muhammad serta berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.

Pada zaman ini, penyebaran dakwah Islam dijalankan secara meluas dan sebahagian besar usaha ini dijalankan melalui bidang ketenteraan atau penghantaran para pendakwah ke negeri-negeri luar bagi menyampaikan Islam kepada pemimpin atau penduduk di negeri tersebut. Antara negeri-negeri yang ditakhluki melalui ketenteraan bagi mengembangkan sayap Islam diluar kawasan tanah Arab ialah Rom dan Parsi.

Pemerintahan kerajaan Khulafa Ar-Rasyidin ini dikatakan merupakan zaman permerintahan terbaik Islam yang pernah berlaku di dalam sejarah Islam. Ini kerana pada zaman ini, semua hukum Islam dapat dijalankan sepenuhnya seperti hudud,qisas dan lain-lain hukum-hakam yang terdapat dalam urusan pemerintahan, jual beli,warisan dan banyak lagi serta masyarakat pada ketika itu sendiri mempunyai semangat yang tinggi dalam menyebarkan Islam, yang mana ianya tidak dapat dilakukan oleh kebanyakkan kerajaan selepasnya.

Kerajaan Khulafa Ar-Rasyidin ini telah dipimpin oleh empat orang khalifah Islam yang juga merupakan sahabat Agung Rasullulah S.A.W. Pemerintahan kerajaan ini telah berlangsung selama lebih kurang 29 tahun dan melalui banyak cabaran dan rintangan dalam usaha menyebarkan dakwah Islam dan mengekalkan keamanan negara. Terdapat banyak perkara yang boleh dikupas melalui kejayaan dan kehebatan kerajaan ini.

Oleh itu, saya akan berusaha untuk megupas perkara-perkara penting yang dapat ditemui pada kerajaan ini pada penulisan akan datang supaya generasi pada zaman sekarang dapat mengambil pengajaran dan tauladan daripada sejarah kerajaan ini.

Sekian terima kasih

YRC

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s