KHALIFAH USTMAN BIN AFFAN

Khalifah Ustman bin Affan (Zu al-Nurain )

Beliau merupakan khalifah Islam yang ketiga dan penyambung kepada tugas khalifah-khalifah sebelumnya bagi menegakkan Islam di atas muka bumi ini. Zaman pemerintahan beliau merupakan masa yang baik pada awal permulaan beliau di angkap sebagai khalifah kerana beliau meneruskan tindakan-tindakan bijak yang dilakukan oleh khalifah sebelumnya iaitu Khalifah Umar bin Al-Khattab namun menjadi bermasalah pada akhir pemerintahannya kerana berlaku penyalah-gunaan kuasa dan perasaan pilih kasih dalam memberikan jawatan  di dalam  kerajaannya.

Namun begitu, beliau banyak membuat kemajuan ketika pemerintahannya yang dapat dirasai sehingga kini dan sumbangannya menjadi salah satu faktor besar kepada kejayaan umat Islam selepasnya. Di antara kemajuan yang terdapat pada zaman pemerintahannya ialah;

MEMBUKUKAN AL-QURAN

Pada zaman kegemilangan pemerintahan Khalifah Ustman bin Affan, beliau mengarahkan para ulama menyalin semula al-Quran yang mana ia sudah dikumpulkan pada zaman Umar bin Al-Khattab lagi. Pada masa itu, ramai sahabat yang mula menghafal al-Quran. Di setiap wilayah, sedikit perbezaan berlaku dari segi bacaan al-Quran sehingga  membimbangkan Khalifah Ustman bin Affan sendiri kerana perbezaan yang berterusan boleh mengakibatkan pertentangan bacaan al-Quran yang akhirnya boleh mencetuskan perselisihan faham dan permusuhan antara satu sama lain dalam kalangan umat Islam.

Hal ini dibangkitkan ketika  Huzaifah bin Yaman mengikuti rombongan tentera Islam dalam perang Armenia dan Azarbaijan dengan penduduk Iraq, dimana beliau melihat sendiri  berlaku perbezaan pada bacaan Al-Quran di antara orang Iraq dan Sham. Ada yang membaca Al-Quran dan ditambah dengan kesalahan tetapi  kesalahan itu tidak diperbetulkan kerana mereka masing-masing cuba mempertahankan bahawa cara bacaan mereka adalah benar. Hal ini menimbulkan masalah besar kepada masyarakat Islam pada ketika itu.

Peristiwa itu tidak menyenangkan hati Huzaifah, lalu beliau berjumpa Khalifah Ustman bin Affan untuk mencari jalan penyelesaian perkara ini. Lalu berkatalah Hazrat Huzaifah yang berbunyi begini, “Wahai Ustman, selamatkan orang Islam ini sebelum mereka berselisih faham mengenai al-Quran seperti  mana yang berlaku ke atas orang Yahudi dan Nasrani.”

Malah Khalifah Ustman bin Affan sendiri pun pernah melihat kejadian yang sama berlaku dan  dia berkata: “Sedangkan engkau berada berhampiran denganku bercakaran dan salah-menyalahi antara satu sama lain, maka apatah lagi mereka yang tinggal jauh dariku, sudah tentu perbalahan antara mereka lebih dahsyat dari kamu. Wahai para sahabat Rasulullah, berhimpunlah kamu dan tuliskan Al-Ouran untuk menjadi pedoman ikutan sekalian orang.”

Lalu Khalifah Ustman bin Affan terus mengirimkan surat kepada Hafsah binti Umar. Hafsah adalah anak kepada Umar al-Khattab. Surat yang dikirimkan oleh Khalifah Ustman bin Affan kepada Hafsah berbunyi begini, “Dapatkah saya meminjam senaskah Al-Quran daripada kamu. Selepas selesai menggunakannya, saya berjanji mahu memulangkannya dengan segera.”

Khalifah Ustman bin Affan mahu meminjam Al-Quran itu bagi disalin semula menjadi beberapa mushaf. Kemudian Khalifah Ustman bin Affan berjanji memulangkan semula al-Quran itu kepada Hafsah. Permintaan Khalifah Ustman bin Affan  diterima oleh Hafsah. Kemudian, Hafsah mengirimkan Al-Quran yang diminta itu kepada Khalifah  Ustman bin Affan. Selepas mendapat Al-Quran itu, Usman mengarahkan empat orang juru tulis bagi menyalin semula Al-Quran tersebut. Mereka terdiri daripada Zaid bin Thabit, Abdullah bin Zubair, Saad bin As dan Abdurrahman bin Haris bin Hisyam.

Sebelum mereka mula menyalin Al-Quran itu, Khalifah Ustman bin Affan berpesan kepada tiga orang Quraisy itu kecuali Zaid bin Thabit. “Jika kamu bertiga berselisih pendapat dengan Zaid bin Thabit mengenai Al-Quran, kamu tulislah Al-Quran itu dengan bahasa Quraisy. Al-Quran diturunkan dengan bahasa Quraisy.” Mereka berempat mula menyalin Al-Quran yang dipinjam dari Hafsah sebanyak lima buah salinan sebagaimana yang disuruh oleh Khalifah Ustman bin Affan. dan selepas selesai menyalin, Khalifah Ustman  bin Affan mengembalikan semula naskhah Al-Quran asli kepada Hafsah seperti mana yang dijanjikan sebelum ini.

“Sekarang kita sudah mempunyai lima salinan naskhah Al-Quran yang sama dalam satu mushaf. Salinan-salinan ini perlu dihantar kepada setiap wilayah. Al-Quran lain selain daripada salinan yang baru disalin ini perlu dibakar dengan segera,” kata Khalifah Ustman bin Affan.  Kemudian Khalifah Ustman bin Affan menyambung lagi, “Satu naskhah Al-Quran yang disalin itu perlu disimpan di Madinah.”

Khalifah Ustman bin Affan mengarahkan sahabat-sahabatnya membawa kelima-lima naskhah Al-Quran yang disalin itu dan dihantar ke Mekah, Suriah, Basra, Kufah dan Madinah. Semua naskhah Al-Quran itu dijadikan sebagai panduan dalam usaha penyalinan berikutnya di daerah masing-masing. Dan bersama mashaf tersebut, diutuskan kepada setiap wilayah itu seorang Huffaz khas untuk memperbetulkan bacaan di dalam mashaf yang dibawanya. Terhadap tindakan Khalifah Ustman  bin Affan ini, Ali mengatakan: “Jangan kamu mengata-ngatakan kepada Ustman sesuatu yang tidak baik. Sesungguhnya demi Allah, segala sesuatu yang dilakukannya terhadap mashaf itu adalah dengan persetujuan dan kehendak dari kami semua”. Naskhah al-Quran yang disimpan di Madinah itu dikenali sebagai Mushaf al-Imam atau Mushaf Ustmani.

BIDANG KETENTERAAN

Menumpaskan Pemberontak

Semasa zaman pemerintahan beliau, Khalifah Ustman bin Affan banyak melakukan usaha dalam menumpaskan pemberontakan yang berlaku di wilayah-wilayah yang ditakhluki pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab seperti Khurasan, Iskandariyah, Armenia dan Azerbaijian.

Perluasan Kuasa

Beliau juga banyak menumpukan usaha untuk memperluaskan perkembangan Islam di benua Afrika seperti di daerah-daerah Jurjan, Talkan dan Balkh sehingga melampaui Sungai Jihun (Amu Dada). Beliau juga berjaya menguasai pulau-pulau Cyprus dan Rhodes.

Memperkuat Tentera Darat Dan Laut

Khalifah Ustman bin Affan telah bertindak memperkuatkan tentera darat dan menubuhkan tentera laut pertama Islam bagi menjaga keselamatan di perairan wilayah-wilayah kekuasaannya.

Pendapat Penulis

Bagi saya, Khalifah Ustman bin Affan telah membuat sumbangan besar kepada umat Islam pada masa kini lebih-lebih lagi dalam bidang pembacaan Al-Quran. Kita semua sepatutnya menghargai usaha yang beliau lakukan kerana tanpanya mungkin telah berlaku perpecahan yang dasyat di dalam umat Islam kerana gara-gara perbezaan bacaan  Al-Quran. Kita patut bersyukur mengenai hal ini dan berusaha untuk mengekalkan kesucian Al-Quran supaya tidak luput ditelan zaman.

Dibawah ini, saya berikan rujukan yang saya gunakan untuk membuat penulisan ini bagi memudahkan pembaca lebih  memahami dan mendalami tentang kisah zaman pemerintahan khalifah Islam ini.

Sekian Terima Kasih

YRC

LAMPIRAN

 

URL

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm

http://ms.wikipedia.org/wiki/Khulafa_al-Rasyidin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s