MADU DAN DUA HELAI PAKAIAN

Suatu hari, Umar bin Khattab ra. jatuh sakit. Ia memerlukan madu untuk ubat dan mengetahui bahawa di Baitulmal ada  menyediakan madu. Namun ia merasa segan mengutarakan maksudnya untuk meminta madu walaupun ia adalah khalifah, yang menguasai urusan negara dan umat.

Uamr berdiri di atas mimbar seraya berkata: “Sesungguhnya aku memerlukan sedikit madu untuk ubat., jika kamu mengizinkan. Namun, jika kamu tidak mengizinkan, madu itu tentu haram bagiku.

Mendengar keterangan Umar itu, tentu saja para sahabat sebulat suara mengizinkan.

Pada suatu hari yang lain, Umar pernah disoal tentang apa saja yang halal baginya dari harta negara, beliau menjawab: “Yang halal bagiku adalah dua helai pakaian untuk haji dan untuk persiapan musim sejuk. Kemudian makanan untuk keperluanku dan keluargaku yang sama dengan makanan orang-orang Quraisy. Makanan itu bukan pula seperti makanan yang biasa dimakan orang kaya dan juga bukan pula seperti orang miskin. Aku adalah bahagian orang Muslimin. Bahagianku adalah sama dengan bahagian mereka juga.”

YRC

Rujukan

Khairul Ghazali, (2007). “Ketawa dan Tangis Manusia”. 15A, Tingkat 1, Wisma Yakin, Jalan Masjid India, 50100, Kuala Lumpur. Darul Nu’Man. Tajuk 7 (m.s 4). http://www.darulnuman.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s