NABI PALSU

Seorang yang mengaku dirinya sebagai Nabi dihadapkan kepada Khalifah Al Ma’mun. Terjadilah soal jawab di antara Khalifah dengan orang mendakwa dirinya Nabi.

Khalifah: “Apakah kamu benar seorang Nabi?”

Nabi palsu: “Ya.”

Khalifah: “Apa mukjizatmu?”

Nabi palsu: “Apa saja yang engkau sukai”

Khalifah: “Tumbuhkan buah tembikai dari tanah.”

Nabi palsu: “Baiklah, beri aku masa tiga hari.”

Khalifah: “Tidak, aku menghendakinya sekarang juga.”

Nabi palsu: “Tuan harus adil. Bukankah engkau mengetahui bahawa Allah menumbuhkannya selama tiga bulan. Mengapa engkau tidak mahu menerimanya dalam tiga hari?”

Mendengar itu, Khalifah Al Ma’mun tertawa terbahak-bahak dan fahamlah ia bahawa orang tersebut hanya bersenda gurau. Kemudian, beliau memaafkannya, menyantuninya dan memberi amaran kepadanya agar tidak lagi meneruskan cerita lucunya itu dan tidak lagi mendakwa dirinya sebagai Nabi.

 

YRC

Rujukan

Khairul Ghazali, (2007). “Ketawa dan Tangis Manusia”. 15A, Tingkat 1, Wisma Yakin, Jalan Masjid India, 50100, Kuala Lumpur. Darul Nu’Man. Tajuk 47 (m.s 32). http://www.darulnuman.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s