TUNTUTAN TAUBAT DARIPADA ALLAH

Diceritakan bahawa terdapat seorang pemuda dari kalangan Bani Israil dimana dia telah menyembah Alaah selama 20 tahun, kemudian dia menderhakai Allah selama 20 tahun juga. Setelah itu, dia melihat cermin dan mendapati ada uban pada janggutnya. Lalu, dia pun berkata “Wahai tuhanku, aku telah mentaati kamu selama 20 tahun, kemudian aku menderhakai kamu selama itu juga, kalaulah aku bertaubat dan kembali kepadamu, adakah engkau boleh menerimaku semula”.

Setelah itu, dia mendengar seseorang berkata “Kamu kasih kepada Kami, maka Kami juga kasih kepada kamu, kemudian kamu tinggalkan Kami, maka Kami pun tinggalkan kamu, kamu lakukan maksiat kepada Kami, namun kemudian Kami masih memberikan tempoh untukmu,  dan sekiranya kamu balik kepada Kami, Kami pasti akan menerimamu semula”. 

Sebahagian ulama ada berkata, seorang pemuda apabila dia menangis dan mengaku keaibannya kepada tuhanNya dan kekasihNya (Allah) dengan ia berkata :

Pemuda :                    Wahai tuhanku, akau telah melakukan kesalahan.

Allah menjawab          Aku tutup kesalahanmu  itu.

Pemuda:                     Wahai tuhanku, aku menyesal.

Allah menjawab:         Aku memang tahu.

Pemuda                      Tuhanku, aku kembali padaMu (bertaubat)

Allah menjawab          Aku menerima taubatmu.

Terdapat pada Athar para sahabat, menyatakan Allah berfirman: Wahai hamba, sekiranya kamu bertaubat, selepas itu kamu kembali lagi melakukan dosa, maka janganlah kamu malu untuk kembali kepadaKu untuk  kali ketiga dan keempat, kerana Akulah tuhan yang amat pemurah dan tidak bakhil”.

“Aku berlemah lembut dengan hamba, Aku tidak pernah segera membalas, Aku akan menutup kesalahan orang yang melakukan maksiat dan Aku sentiasa menerima orang yang bertaubat, dan Aku mengampunkan orang yang bersalah, dan sayangi orang yang menyesal. Kami tidak pernah menolak orang yang datang kepada pintu Kami (bertaubat) dan Kami juga tidak mengusir orang yang bertaubat”.

Dari Saidina Anas Radhiallahu’anhu, aku pernah mendengar Rasullullah S.A.W  bersabda : Allah berfirman di dalam hadis Qudsi : “Wahai anak Adam, sekiranya engkau memohon dan mengharapkan keampunanKu, Aku tetap akan mengampunimu” .

“Wahai anak Adam, kalau kamu melakukan dosa sehingga sampai ke langit kemudian kamu meminta ampun kepadaKu, Aku tetap akan mengampunkan”.

“ Wahai anak Adam, sekiranya engkau melakukan dosa sehingga memenuhi ruang langit dan bumi ini, kemudian engkau datang mendapatkanKu dengan tidak syirik kepadaKu, Aku akan berikan sebanyak itu juga keampunan”.

Allah telah berfirman di dalam surah Az-Zumar, ayat 53 : “Katakan wahai Muhammad, wahai hamba-hambaKU yang melakukan dosa, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah kerana Allah akan mengampun dosa semua sekali, sesungguhnya Dialah yang amat pemurah lagi maha mengasihani”.

Dan Allah berfirman lagi di dalam surah Ali Imran, ayat 153 : “tidak siapa yang dapat mengampunkan dosa selain Allah”.

Imam Asbahani telah meriwayatkan satu hadis daripada Saidina Abdullah bin Abbas Radhiallahu’anhu, Rasullulah bersabda :

“ Orang yang menyesal ( kerana melakukan dosa) ia sedang menunggu rahmat dari Allah, manakala orang yang ujub ( merasa suka dengan dosa yang dilakukan), ia sedang menunggu kemurkaan dari Allah Subhanahu wa Taala” Ketahuilah kamu wahai sekalian hamba Allah, bahawa setiap orang yang beramal itu, dia akan berdepan dengan amalannya, dia tidak akan keluar dari dunia ini (mati) melainkan ia memperlihatkan dengan kebaikan amalan atau pun keburukkan amalan, dan sesungguhnya amalan itu mengikut kesudahan.  Malam dan siang adalah kenderaan yang dinaiki oleh manusia, oleh itu berjalanlah dengan baik menuju akhirat. Janganlah kamu menangguh-nangguhkan taubat kerana mati itu boleh datang kepadamu bila-bila masa sahaja, dan janganlah sekali-kali kamu merasa selamat dengan sebab lemah-lembut Allah dengan kamu ( Allah tidak akan membalas kejahatan kamu serta-merta) sesungguhNya syurga dan neraka itu lebih hampir kepada kamu dari tali kasut kamu. Kemudian Rasullulah membaca ayat Al-Quran yang bermaksud:

Maka sesiapa yang berbuat kebajikan seberat zarah (sekecil-kecilnya) dia akan melihatnya (dalam suratan amalannya) dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, dia akan melihatnya (dalam suratan amalannya)

(Surah Al-Zalzalah : 7-8)

NOTA

Penulis betul-betul berharap yang para pembaca yang telah membaca blog ini agar men “follow”  blog ini atau meletakkan status “like” di facebook serta menyebarkan mengenai blog ini kepada kenalan anda yang lain agar perkembangan blog ini dapat diteruskan.

YRC

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s