ZAMAN FITNAH

“Seburuk-buruk tempat di muka bumi ini ialah tempat yang di dalamnya tidak ada Abul Hassan.”

Demikian Umar Al-Khattab memuji Saidina Ali bin Abi Talib kerana ketinggian ilmu dan makrifahnya. Pujian yang dilontarkan Umar itu berdasarkan sebuah pertemuan beliau dengan Huzaifah bin Yaman.

Umar berkata kepada Huzaifah: “Bagaimana keadaanmu”

“Aku menjadi orang yang menyukai fitnah, membenci yang haq, aku solat tanpa wdhuk dan aku memiliki sesuatu di bumi yang tidak dimiliki Allah,” jawab Huzaifah.

Mendengar jawapan Huzaifah tersebut, Umar begitu marah sekali. Mukanya merah. Tiba-tiba Ali muncul. Melihat wajah Umar yang berubah, Ali segera bertanya:

“Mengapa engkau menjadi seperti orang sedang marah, wahai Amirul Mukminin?”

Lalu Umar menceritakan apa yang dikatakan Huzaifah. Ternyata Ali membenarkan semua hujah Huzaifah. Umar hairan dan bertanya:

“Jadi engkau juga membenarkan ucapannya, wahai Abul Hassan?”

“Betul,” jawab Ali. “Huzaifah menyukai fitnah kerana memang dia menyukai harta dan anak-anak. Bukankah Allah S.W.T. berfirman: “Sesungguhnya harta dan anak-anak adalah fitnah”. Dia membenci perkara yang haq, maksudnya ialah membenci kematian. Siapakah di antara kita yang menyukai kematian, ya Amirul Mukminin?. Dia solat tanpa wudhuk, maksudnya ialah dia sering membaca selawat untuk Nabi. Dia juga mengakui memiliki sesuatu di bumi yang tidak dimiliki oleh Allah S.W.T. di langit, maksudnya ialah isteri dan anak-anak.

Mendengar keterangan tersebut, Umar berkata: “Seburuk-buruk tempat di muka bumi adalah yang tidak ada Abul Hassan di dalamnya”.

NOTA

Penulis betul-betul berharap yang para pembaca yang telah membaca blog ini agar men “follow”  blog ini atau meletakkan status “like” di facebook serta menyebarkan mengenai blog ini kepada kenalan anda yang lain agar perkembangan blog ini dapat diteruskan.

YRC

Rujukan

Khairul Ghazali, (2007). “Ketawa dan Tangis Manusia”. 15A, Tingkat 1, Wisma Yakin, Jalan Masjid India, 50100, Kuala Lumpur. Darul Nu’Man. Tajuk 109 (m.s 94). http://www.darulnuman.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s