ANIMASI

Merupakan satu bahagian penting di dalam blog ini dimana ia menghimpunkan pelbagai jenis animasi kartun yang datang daripada karya luar negara atau pun tempatan. Ini bagi melengkapkan blog ini sebagai medium penyampai maklumat terkini dan sebagai arkib yang menyimpan pelbagai maklumat penting, misteri dan unik untuk tontonan semua pihak. Namun begitu, pelancaran page animasi ini juga bagi memuaskan hati para peminat animasi di seluruh dunia yang tercari-cari tentang maklumat terbaru mengenai kartun kesukaan mereka termasuk lah saya sendiri.

Page ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian sinopsis dan review ( ulasan penulis beserta komen para pembaca sekalian) Bagi pembaca yang ingin membaca bahagian page ini, anda semua dimaklumkan untuk membaca bahagian sinopsis filem ini  dahulu yakni bahagian yang menceritakan keseluruhan cerita tersebut dari A-Z, walaupun tulisannya agak panjang berjela-jela dan mungkin agak membosankan bagi mereka yang malas membaca tetapi ia agak penting untuk memahami keseluruhan jalan cerita dahulu sebelum kita boleh membuat apa-apa ulasan.

Seterusnya, bahagian ulasan, penulis sendiri akan memberi ulasan penuh mengenai filem atau kisah animasi tersebut daripada pelbagai sudut termasuk jalan cerita, kualiti gambar grafik dan kehalusan bunyi dan pergerakkan kartun tersebut sebelum pembaca boleh memberi komen mengenai ulasan penulis tadi samada benar atau salah, bersetuju atau membantah.

Diharap page ini dapat membantu anda semua dalam mencari maklumat penting terhadap kartun-kartun pilihan anda.

Sekian Terima Kasih

YRC

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s