DORAEMON

Cerita animasi ini mengisahkan tentang sebuah robot yang bernama Doraemon yang berasal daripada abad ke 22, dihantar oleh tuannya, Sewashi Nobi untuk membantu moyangnya yang bernama Nobita yang berada di abad ke 20. Tujuan Doraemon dihantar ke masa lalu adalah untuk membantu Nobita mengubah kehidupannya yang menyedihkan dan membawanya ke arah yang lebih baik.

Namun begitu, usaha yang dilakukan oleh Doraemon ini tidak berjalan semudah yang beliau sangkakan kerana terdapat banyak halangan yang berlaku  dan kebanyakkannya berpunca daripada Nobita sendiri. Disamping membimbing Nobita, Doraemon juga bertanggungjawab untuk menjaga rakan-rakan baik Nobita seperti Shizuka, Giant dan Sunyo. Semua ini dapat dilakukan dengan menggunakan alat-alat ajaib milik Doraemon yang tersimpan di dalam poket ajaibnya. Doraemon juga bertanggungjawab untuk melindungi Nobita dan rakan-rakan semasa pengembaraan mereka  di dalam filem panjang Doraemon.

Cerita animasi ini sangat popular dikalangan penduduk di Asia kerana banyak memaparkan moral dan nilai-nilai murni yang dapat dijadikan tauladan seperti semangat setia kawan. semangat tolong menolong, berani menegakkan kebenaran dan lain-lain lagi. Cerita animasi ini telah memaparkan begitu banyak episod pendek yang diangggarkan lebih dari 1 ribu episod telah dipaparkan di kaca tv sehingga kini. Cerita animasi ini juga telah mengeluarkan banyak filem panjang yang berunsurkan pengembaraan kelima-lima orang sahabat ini dalam menempuh pelbagai dugaan dan rintangan.

Bagi membolehkan pembaca mengetahui lebih lanjut mengenai cerita animasi ini, boleh merujuk kepada page animasi diatas dan sub page nya atau anda boleh mengklik pada link dibawah ini bagi membaca tentang kisah robot kucing dari masa depan ini dan rakan-rakannya yang lain. 

Sekian terima kasih

Link

https://futureway92.wordpress.com/animasi-b/doraemon/doraemon-movie-nobiita-and-the-green-giant-legend/

https://futureway92.wordpress.com/animasi-b/doraemon/anime-terkenal/

https://futureway92.wordpress.com/animasi-b/doraemon/doraemon-nobitas-great-battle-of-the-mermaid-king/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s