DORAEMON MOVIE: NOBITA AND ADVENTURES OF SOUTH SEA

SINOPSIS

Kisah ini merupakan salah satu kesinambungan filem panjang Doraemon yang menceritakan mengenai pengembaraan Nobita dan rakan-rakan dalam usaha mereka mencari harta karun di  sebuah pulau yang terletak di lautan Carribean. Kisah ini bermula ketika Nobita dan rakan-rakan sedang menjalankan kajian tentang laut untuk menyiapkan tugasan cuti musim panas yang sedang diberikan kepada mereka. Namun begitu, Nobita tidak begitu berminat untuk menyiapkan tugasan tersebut namun lebih tertarik dengan pengembaraan mencari harta karun dan kisah-kisah lanun. Seperti biasa, Nobita akan meminta pertolongan Doraemon untuk merealisasikan cita-citanya namun ditolak oleh Doraemon. Ini kerana beliau menganggap cerita pengembaraan harta karun itu cuma satu rekaan sahaja. Namun tanggapan tersebut berubah setelah mereka telah mendengar mengenai penemuan harta karun di tv secara tidak sengaja .

Seterusnya, Doraemon mengeluarkan “hidden treasure map” bagi mencari harta karun dengan cara  menyuruh Nobita mencucuk peta tersebut menggunakan  jarum khas bagi mengesan kedudukan harta karun tersebut. Doraemon sangat tidak yakin yang Nobita akan dapat mencari harta karun tersebut kerana Nobita mesti mencucuk peta tersebut di lokasi yang tepat bagi mengesan kedudukan sebenar harta karun tersebut. Namun begitu, Nobita berjaya melakukannya dengan sekali percubaan dan ini amat memeranjatkan Doraemon sehingga beliau mengeluarkan “Dream Checker” bagi memastikan bahawa beliau tidak bermimpi.

Seterusnya, Nobita telah belayar ke pulau tersebut bersama-sama rakan-rakannya menggunakan sebuah bot canggih.Namun sebelum itu, Nobita berasa kurang berpuas hati dengan pengembaraan ini yang dianggap kurang mencabar kerana disifatkan terlalu mudah dilalui sehingga memaksa Doraemon mengeluarkan satu lagi alat ajaib yang bernama “artificial storm”yang akhirnya membuat keadaan menjadi huru-hara. Dalam keadaan kelam-kabut tersebut, Nobita telah ternampak sebuah kapal lanun namun dinafikan oleh Doraemon kerana menganggap ia sebagai satu ilusi Nobita sahaja. Selepas itu, mereka  terpaksa singgah seketika di sebuah pulau yang tidak berpenghuni bagi membaiki salah sebuah bot mereka yang rosak akibat terkena meriam tiruan yang diberi kepada Giant dan Sunyo. Di sana, mereka telah membuat keputusan untuk mandi di pantai pulau tersebut dan Doraemon telah mengeluarkan “changing cloth camera”  bagi membantu mereka menukar pakaian dan “changing shape loop” bagi membantu Nobita yang tidak pandai berenang. Nobita seperti biasa akan menyalah-gunakan alat Doraemon dengan menyakat Giant dan Sunyo dengan menanggalkan seluar mereka di dalam air. Namun, malang tidak berbau apabila alat tersebut hilang fungsinya kerana digunakan melebihi had masa yang ditetapkan menyebabkan Nobita hampir lemas. Dalam keadaan terkapai-kapai cuba menyelamatkan dirinya, Nobita telah ternampak sebuah kapal lanun ditepi pulau tersebut. Akibat ketakutan, Nobita melarikan diri dan berjaya diselamatkan oleh rakan-rakannya dan menceritakan perkara tersebut kepada mereka namun tidak seorang pun yang mempercayainya. Akhirnya, mereka semua bermalam di pulau tersebut. Berbalik kepada pelayaran tadi, sambil menunggu pelayaran mereka sampai ke destinasinya, Doraemon telah mengeluarkan satu alat bagi menghilangkan rasa bosan mereka disamping membolehkan mereka belajar mengenai mitos tentang laut yang dipanggil sebagai “legendary exist machine” yang memaparkan banyak gambaran mitos tentang laut dalam bentuk bayangan 4D. Namun secara tiba-tiba, mereka telah diserang oleh seekor raksasa laut yang berwarna hijau yang disangka sebagai bayangan yang dikeluarkan oleh mesin tadi . Ketika melarikan diri daripada raksasa tadi, bot milik mereka telah dibawa ke abad ke 17 secara misteri.
Sekali lagi berlaku perkara aneh apabila secara tiba-tiba poket Doraemon mengeluarkan air laut dan kemudian datang sebuah kapal yang tidak dikenali dan telah  melanggar bot mereka sehingga pecah. Pelanggaran ini menyebabkan Nobita terpisah daripada yang lain. Sebaik sahaja mereka semua sedar, Doraemon, Giant, Suzuka dan Sunyo mendapati mereka berada di sebuah kapal lanun yang kebetulan sedang bertempur dengan kapal lanun lain.

Doraemon telah cuba membantu namun lanun tersebut dan mendapati poket ajaibnya telah hilang di hanyutkan oleh arus laut. Namun begitu, Doraemon telah menjumpai sebahagian alat-alat ajaibnya apabila seorang lanun bernama Pancho secara tidak sengaja melepaskan panah daripada alat Doraemon yang bernama “love arrow”. Mereka akhirnya berjaya berkomunikasi dengan lanun-lanun tersebut menggunakan “translation konyaku”,  dan berkenalan dengan kapten kapal yang bernama Kid dan anak perempuan kepada adiknya yang bernama Betty. Kemudian mereka semua menjadi cemas setelah mendapati Nobita tidak bersama-sama mereka. Sebenarnya, Nobita telah telah terdampar di sebuah pulau dan dia telah menjumpai seorang budak yang bernama Jack.
Di pulau tersebut, Nobita dan Jack  telah melalui pelbagai cabaran bersama yang sedikit-sebanyak telah berjaya mendewasakan mereka.   Tidak lama kemudian, Doraemon dan rakan-rakan yang lain-lain berjaya sampai ke pulau tersebut untuk mencari Nobita dengan bantuan lanun-lanun tersebut.
Ketika berada di pulau itu,  mereka semua telah diserang oleh makhluk ganjil yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Doraemon menyedari semua perangkap yang dipasang di pulau tersebut mempunyai persamaan dengan sebuah permainan di masa depan dan mendapati
ia sebenarnya telah didalangi oleh seorang penjenayah masa yang bernama Kasshu. Kasshu telah menjalankan satu aktiviti gelap iaitu  menjual haiwan yang sudah diubah-suai untuk pasaran masa depan bagi mendapatkan keuntungan dengan cara mudah. Doraemon  dan rakan-rakannya telah dikurung di dalam penjara oleh penjenayah tersebut tetapi berjaya melepaskan diri dengan bantuan Pancho dan Gonzales.   Mereka telah berpecah kepada dua kumpulan yang mana Doraemon, Nobita, Jack dan Suzuka pergi menyelamatkan

kawan Dolphin mereka yang dipanggil sebagai  “pink Iruka” daripada diubah suai oleh Professor Krone.    Manakala, Giant,Sunyo,Captain Kid dan Betty beserta dengan Pancho dan Gonzales pergi
menyelamatkan rakan-rakan lanun yang lain. Akhirnya,  semua lanun tersebut

berjaya dilepaskan daripada cengkaman penjenayah tersebut namun mereka membuat keputusan untuk berpatah-balik ke pulau itu semula bagi menghalang rancangan jahat Kasshu.  Mereka sekali lagi berpecah kepada dua kumpulan dimana Doraemon dan Nobita pergi puncak gunung pulau tersebut bagi mematikan sistem perlindungan di pulau tersebut bagi membolehkan polis peronda masa mengesan kedudukan pulau itu dan selebihnya pergi menumpaskanKasshu dan konco-konconya.  Doraemon telah memberikan sebahagian alat-alat yang masih dimilikinya kepada Giant, Suzuka dan Sunyo bagi digunakan dalam usaha untuk menumpaskan penjenayah itu. Dalam keadaan terdesak, Kasshu telah menggunakan semua haiwan yang telah diubah-suai bagi menghalang kebangkitan lanun-lanun tersebut namun berjaya dihalang oleh Giant, Sunyo dan Suzuka. Mereka telah menggunakan alat-alat yang telah diberikan oleh Doraemon seperti  “butt snack”, “unlive hynoptic megaphone” dan “karaoke micropone”   bagi menewaskan haiwan-haiwan tersebut. Haiwan-haiwan tersebut berjaya dikalahkan dan ini memaksa Kasshu menggunakan senjata terhebatnya iaitu Leviathan bagi memusnahkan mereka.

 Di lain cerita, Doraemon telah berjaya mendaki ke puncak gunung di pulau tersebut bersama Nobita bagi mematikan sistem pertahanan pulau tersebut dengan menggunakan “Jack Bean”.
Ketika berada di puncak, mereka telah tergelincir dan jatuh ke pusat kawalan Kasshu.  Kasshu sendiri telah pengsan setelah dihempap oleh Doraemon. Ini membolehkan Doraemon mematikan sistem pertahanan pulau tersebut bagi memanggil polis peronda masa. Dalam pada masa yang sama, Sunyo telah bertindak mengambil alih kapal pengangkut masa milik penjenayah tersebut bagi memusnahkan raksasa Leviathan dengan menggunakan peluru anthestic kapal pengangkut masa tersebut sambil dibantu oleh dolphin yang berada bersama-sama mereka. Tembakan yang dilepaskan oleh Sunyo mengenai tepat ke sasaran namun tidak memberi kesan kepada Leviathan. Leviathan mengamuk dan menyerang kapal tersebut dan pada masa yang sama, Kasshu telah tersedar daripada pengsan dan cuba untuk melarikan diri namun berjaya dihalang oleh Doraemon dan Nobita. Tiba-tiba pusat kawalan milik Kasshu telah runtuh akibat dilanggar oleh kapal pengangkut masa yang terpelanting akibat dilibas oleh Leviathan. Detik cemas berlaku apabila Doraemon dan Kasshu terjatuh dan akhirnya ditelan oleh raksasa tersebut. Mereka berdua terselamat setelah Leviathan memuntahkan mereka berdua keluar akibat tidak tahan lagi ususnya dipicit oleh “dream checkers”. Mereka berdua berjaya diselamatkan oleh para lanun yang menanti di atas kapal tersebut sebelum dinding gua pulau tersebut runtuh akibat dilanggar oleh Leviathan. Mereka semua telah berjaya keluar dengan selamat setelah dibantu oleh banyak ikan dolphin yang dipanggil oleh pink Iruka sebelum mereka diselamatkan oleh pihak peronda masa. Sebelum keluar daripada gua tersebut, Kapten Kid dan adik iparnya berjaya mengambil sedikit harta karun milik penjenayah tersebut. Pengakhiran cerita ini, para lanun tersebut telah mendapat semula kapal milik mereka dan mereka mengucapkan terima kasih kepada Doraemon dan rakan-rakan kerana banyak membantu mereka. Doraemon dan rakan-rakan juga baru  mengetahui bahawa Pink Iruka adalah merupakan perisik polis peronda masa. Aksi lucu terjadi diakhir cerita apabila Betty memuji kemerduan suara Giant sehingga menyebabkan Giant berasa ingin tinggal bersama mereka sebelum dihalang oleh Doraemon dan rakan-rakannya. Kemudian, mereka semua kemudian telah dibawa pulang ke zaman mereka oleh peronda masa.
Cerita Tamat
Pendapat penulis
Cerita ini sangat menarik kerana penuh dengan aksi pengembaraan disamping sarat dengan nilai moral seperti semangat setia kawan dan belas kasihan terhadap haiwan. Kisah ini juga berjaya menonjolkan kehidupan sebenar lanun pada abad ke 17 disamping menunjukkan tentang perihal sesetengah manusia yang mementingkan diri dan sanggup melakukan apa saja untuk menjadi kaya raya walaupun dengan cara yang salah disisi undang-undang dan tidak berperikemanusiaan. Apa yang paling penting, cerita ini boleh ditonton oleh semua lapisan masyarakat dan boleh dijadikan contoh tauladan. Tontonilah filem atau nanti lu semua pasti menyesal beb…….
Sekian Terima Kasih
NOTA

Penulis betul-betul berharap yang para pembaca yang telah membaca blog ini agar men “follow”  blog ini atau meletakkan status “like” di facebook serta menyebarkan mengenai blog ini kepada kenalan anda yang lain agar perkembangan blog ini dapat diteruskan.

YRC
Lampiran
Sesiapa yang ingin menonton cerita ini secara online boleh boleh mengikuti URL dibawah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s