DORAEMON MOVIE-NOBITA AND THE GREEN GIANT LEGEND

SINOPSIS

Kisah ini merupakan satu lagi kesinambungan filem panjang Doraemon yang menceritakan mengenai pengembaraan Doraemon, Nobita dan rakan-rakan dalam usaha menyelamatkan manusia di bumi daripada serangan satu kumpulan tumbuhan asing yang ingin menyerang penduduk  bumi kerana tidak berpuas hati dengan layanan yang manusia berikan kepada tumbuhan disana.

Kisah ini bermula apabila Nobita telah terjumpa satu tumbuhan kecil di tempat membuang sampah yang terletak di hutan belakang sekolah mereka ketika sedang mencari kertas ujiannya yang diterbangkan oleh angin. Nobita berasa kasihan dengan tumbuhan tersebut lalu membawanya pulang untuk ditanam di halaman rumah namun dilarang oleh ibunya kerana halaman rumah mereka terlalu kecil untuk menanam pokok.

Nobita telah meminta Doraemon untuk mencari jalan bagi  membolehkan beliau  memelihara tumbuhan tersebut di rumahnya. Doraemon yang kebetulan sedang sibuk mengemaskan barangnya untuk dihantar ke masa depan bagi dibaiki telah mengeluarkan satu alat yang bernama “nutrilite absorbing plant” bagi membolehkan tumbuhan tersebut bergerak bebas sendiri  dan boleh dipelihara oleh Nobita tanpa perlu menanamnya di halaman rumah.

Tumbuhan tersebut dipanggil sebagai  Kibo oleh Nobita dan dibiarkan tinggal bersama mereka, walaupun pada mulanya dibantah oleh ibu Nobita. Tetapi akhirnya ibunya bersetuju membiarkan Kibo tinggal di rumah tersebut kerana Kibo telah membantunya mengemas rumah.  Semasa di rumah, Nobita telah mengajar Kibo tentang bermacam-macam perkara seperti membaca dan menulis serta memberi pengetahuan tentang dunia luar kepadanya.

Pada keesokkan harinya, Nobita telah memberi Kibo sepasang kasut dan membawanya keluar bersiar-siar ke bandar. Nobita telah membawanya ke padang di mana Giant dan pasukannya sedang bermain besbol. Kibo telah mengganggu mereka bermain dengan merampas bola milik Sunyo tetapi berjaya dikawal oleh Nobita. Nobita akhirnya memperkenalkan Kibo kepada rakan-rakannya dan menerangkan tentang asal-usul Kibo.

Nobita telah membawa mereka ke tempat dia menjumpai Kibo bagi menghilangkan rasa tidak percaya rakan-rakannya tentang kewujudan Kibo. Selepas itu, mereka semua merasa terkejut setelah menjumpai satu kawasan hutan yang pokoknya telah hilang secara misteri . Mereka menyangka bahawa kehilangan pokok tersebut adalah kerana faktor pembanggunan yang sedang rancak dijalankan. Nobita akhirnya membawa Kibo pulang ke rumah kerana hujan turun namun Kibo enggan pulang kerana mahu menyelamatkan sebatang pokok yang dihempap oleh objek misteri.

Kibo telah melarikan diri daripada rumah kerana merajuk dengan sikap Nobita yang enggan membantu menyelamatkan tumbuhan tersebut. Namun begitu, Kibo juga telah terbaca di  akhbar tentang rancangan pembanggunan di kawasan hutan tersebut. Nobita telah pergi mencari Kibo dan meminta bantuan rakan-rakannya untuk membantunya. Dalam perjalanan tersebut, Nobita telah terserempak dengan Dekisugi dan beliau telah bertanyakan mengenai rancangan pembanggunan di hutan tersebut kepadanya.

Nobita akhirnya lega selepas Dekisugi mengatakan bahawa rancangan pembanggunan di kawasan hutan tersebut telah dibatalkan kerana bantahan penduduk.  Dekisugi juga memberitahu yang Kibo tengah bermain-main di suatu tempat bersama-sama seorang budak perempuan. Nobita merasa gembira setelah melihat perkara tersebut dan beliau turut bermain dengan mereka. Setelah selesai bermain, Kibo telah membawa Nobita ke tempat membuang sampah itu semula dan mereka berdua telah membantu tumbuhan tersebut dengan mengalihkan objek misteri yang menghempapnya.

Mereka berdua telah berjaya melakukannya dan disebabkan terlalu gembira, Kibo telah berpusing-pusing dengan laju sehingga mereka berdua melayang ke udara namun sempat diselamatkan oleh Doraemon. Nobita seterusnya telah mendesak rakan-rakannya yang sedang menunggu mereka di tempat pembuangan sampah tersebut agar membersihkan kawasan tersebut. Ini agar pokok disitu boleh tumbuh dengan bebas namun mereka semua enggan. Ini memaksa Doraemon mengeluarkan satu alat yang dipanggil “garbage cleaning garbages DX” yang bertindak untuk memulangkan semula sampah tersebut kepada pemilik asal mereka.

Selepas itu, mereka merasa gembira kerana tempat tersebut berjaya dibersihkan tetapi perasaan tersebut bertukar menjadi pelik setelah mereka mendapati bahawa terdapat satu sampah yang masih belum pulang kepada pemilik asalnya iatu objek yang menghempap tumbuhan tadi. Doraemon telah menggunakan alatnya sekali lagi bagi menghantarnya pulang kepada pemilik asalnya namun objek tersebut bertindak  melarikan diri ke dalam hutan.

Mereka semua telah mengejar objek tersebut dan akhirnya menjumpai banyak longgokan objek yang serupa dengan objek tadi di tempat di mana banyak pokok hutan telah ghaib. Secara tiba-tiba awan menjadi mendung dan memancarkan kilat kepada objek tersebut dan menyebabkan objek tersebut  mengeluarkan cecair hijau yang akhirnya bertukar kepada raksasa!!!. Raksasa tersebut telah menyedut pokok-pokok di hutan tersebut dan diri  mereka sendiri ke dalamnya.

Kemudian apabila mereka tersedar, mereka semua telah dibawa keluar dari bumi ke tempat yang tidak dikenali dan bertemu dengan makhluk yang juga tidak dikenali. Rupa-rupanya, tempat tersebut telah dihuni oleh sekumpulan tumbuhan asing yang sedang menjelajah ke seluruh alam semesta. Lain pula bagi Kibo yang telah berjalan-jalan di tempat misteri itu secara bersendirian dan  terserempak dengan puteri planet tersebut yang bernama Lili. Puteri tersebut telah menjadi marah dan mengejarnya kerana Kibo telah mengganggu masa tidur beliau serta mencuri kasutnya.

Kemudian, Kibo telah terjumpa dengan seorang tua misteri yang akhirnya telah menyelamatkan beliau daripada puteri tersebut. Beliau kemudiannya telah membawa Kibo berjalan-jalan di sekitar planet tersebut. Berbalik kepada kisah Doraemon dan rakan-rakan, mereka semua telah dibawa oleh makhluk tersebut ke sebuah bandar aneh dan telah ditahan disana, di mana satu persidangan yang membincangkan tentang nasib tumbuhan di planet bumi sedang diadakan.

Dalam persidangan tersebut, kesemua wakil-wakil tumbuhan dari seluruh alam semesta bersetuju untuk menggunakan kekerasan kepada penduduk bumi melalui peperangan bagi memberi pengajaran kepada mereka terhadap perbuatan mereka yang menindas tumbuhan. Persetujuan tersebut dicapai setelah mendengar cadangan yang diutarakan sendiri oleh tuan puteri. Namun secara tiba-tiba, lelaki tua misteri  tadi datang bersama-sama Kibo dan membantah cadangan tersebut.

Melihat Kibo muncul di persidangan tersebut, Nobita dan rakan-rakan bergegas keluar untuk mendapatkan Kibo namun dihalang oleh pengawal-pengawal tumbuhan. Ini menyebabkan mereka semua terpaksa ditahan di dalam penjara oleh pengawal tumbuhan tersebut. Doraemon telah mengeluarkan “carrot artirst” bagi membolehkan mereka menyamar sebagai pengawal-pengawal tersebut dan membolehkan mereka melepaskan diri daripada penjara tersebut..

Rancangan mereka untuk  melepaskan diri daripada tempat tersebut telah berjaya namun ianya tidak bertahan lama kerana helah yang mereka gunakan telah terbongkar. Mereka semua telah melarikan diri menggunakan bot dan berhasil mendapatkan Kibo yang menunggu di jeti , namun keadaan menjadi sukar kerana mereka semua telah dikejar oleh pengawal-pengawal tumbuhan tersebut sebelum di selamatkan oleh tuan puteri yang mengekori mereka dari belakang menggunakan sebuah pesawat.

Pesawat yang membawa mereka telah hilang keseimbangan dan terhempas di kawasan sebuah hutan terpencil dan menyebabkan mereka semua terkandas disitu. Pada masa yang sama, Doraemon dan rakan-rakan telah berjaya mengenali hati budi tuan puteri dan bersahabat dengannya.  Mereka semua bernasib baik kerana telah bertemu dengan tumbuhan yang bernama Laku dan Yama iaitu penduduk kampung berdekatan hutan tersebut. Mereka berdua kemudiannya telah  membantu Doraemon dan rakan-rakan mencari air untuk diberikan kepada Kibo yang kehausan. Selepas itu, Yama dan Laku telah  yang membawa mereka ke kampung  tempat tinggal.

Disana, Doraemon dan rakan-rakan telah berkenalan dengan keluarga Yama dan penduduk kampung tersebut. Mereka juga telah berpeluang melihat peristiwa kelahiran ulat tanah yang baru dan mengenali tentang sejarah asal-usul planet tersebut.

Namun secara tiba-tiba, pasukan pengawal yang diketuai oleh Xila telah datang secara mengejut untuk mengambil puteri Lili. Beliau menuduh bahawa Doraemon dan rakan-rakan telah menculik tuan puteri dan menggunakan kesempatan tersebut untuk mendesak persidangan meluluskan rancangan perang ke atas penduduk bumi. Xila juga turut menangkap Kibo bagi dijadikan sebagai senjata perang melawan penduduk bumi walaupun tindakannya dibantah oleh lelaki tua misteri tadi.

Doraemon dan rakan-rakan telah bergegas pulang ke bumi dengan bantuan lelaki tua misteri tadi dan mendapati bahawa seluruh bumi telah menjadi hijau disebabkan angkara tumbuhan-tumbuhan tadi. Namun begitu, mereka semua juga mendapati bahawa pergerakkan masa di bumi telah terhenti secara tiba-tiba. Ini disebabkan oleh jam penghenti masa milik Doraemon telah terjatuh ketika mereka disedut oleh raksasa tadi dan  menyebabkan serangan yang dilakukan oleh tumbuhan asing tadi menjadi tidak berkesan ke atas penduduk bumi. Hal ini telah memberikan mereka harapan yang bumi masih boleh lagi diselamatkan.

Menyedari apa yang berlaku, Xila telah mengarahkan orang-orangnya mengepung bumi dengan raksaksa  hijau tadi bagi mengelakkan penduduk bumi melarikan diri atau melancarkan serangan balas ke atas mereka. Beliau juga bertindak menyeru lagenda gergasi hijau bagi memusnahkan bumi melalui Kibo. Namun tanpa disangka, Kibo telah tersedar daripada pengsan dan berjaya melepaskan diri daripada mereka semua.

Selepas itu, sesuatu yang buruk telah terjadi apabila Kibo secara tiba-tiba menjadi marah dan mengamuk lalu bertukar kepada lagenda gergasi hijau tadi setelah melihat kemusnahan yang berlaku di bumi.  Apa yang paling menyedihkanKibo adalah setelah melihat budak kecil yang bermain bersama beliau tadi turut tertimbus di dalam cecair hijau tersebut. Lagenda gergasi hijau yang muncul tersebut tidak menyerang penduduk bumi seperti yang dirancangkan oleh pihak tumbuhan tetapi telah menyerang mereka sendiri.

Serangan yang dilakukan oleh lagenda gergasi hijau tersebut telah menimbulkan huru-hara kepada semua pihak sehingga memaksa Nobita sendiri berusaha untuk menghentikan Kibo daripada terus melakukan kemusnahan. Nobita telah bertindak dengan memasuki ke dalam badan pokok tersebut bersama puteri Lili. Disana, Nobita telah menjumpai Kibo yang terikat dalam keadaan layu dan membuat keputusan untuk menyedarkan Kibo dengan menyiramkan air kepadanya dengan dibantu oleh puteri Lili.

Kibo telah sedar daripada pengsan dan ini membolehkan Xila terlepas daripada cengkaman lagenda gergasi hijau tadi. Namun secara tiba-tiba, lelaki tua misteri tadi telah berubah menjadi bayangan lagenda gergasi hijau yang berlaku pada zaman kuno dan beliau telah menunjukkan kesan kemusnahan yang berlaku pada zaman itu akibat peperangan. Ini menyebabkan Xila sedar akan kesilapannya dan beliau akhirnya faham bahawa peperangan bukan satu jalan penyelesaian terbaik untuk menyelamatkan tumbuhan.

Setelah menunjukkan kesan kemusnahan yang berlaku pada zaman kuno, bayangan lagenda gergasi hijau tersebut tiba-tiba tumbang dan menyebabkan seluruh kawasan berdekatan tertimbus. Doraemon dan rakan-rakan berjaya menyelamatkan diri daripada turut tertimbus dengan menggunakan belon udara. Lelaki misteri tersebut sebenarnya adalah lagenda gergasi hijau yang lalu, dimana beliau sendiri berkemungkinan juga seperti Kibo iaitu digunakan sebagai alat senjata perang. Kemudiannya, beliau telah menerangkan mengenai betapa pentingnya kasih sayang sesama makhluk di alam semesta ini.

Kemudian seluruh planet bumi telah ditumbuhi bunga-bungaan yang sangat cantik dan mereka semua akhirnya bersorak kegembiraan kerana semua masalah yang berlaku akhirnya telah selesai. Setelah itu, Puteri Lili telah memutuskan untuk memberi masa kepada penduduk bumi untuk membuat perubahan dalam menjaga alam sekitar dan membaiki layanan mereka terhadap tumbuh-tumbuhan.

Kemudian Doraemon dan rakan-rakan telah dihantar pulang ke bumi semula oleh tuan puteri. Namun secara tiba-tiba, Kibo enggan pulang bersama mereka kerana beliau ingin menjelajah ke seluruh alam semesta bagi mendapatkan lebih banyak pengetahuan tentang tamadun tumbuh-tumbuhan. Nobita membuat keputusan untuk melepaskan Kibo pergi dan pulang ke rumah seperti biasa.

Tamat

Pendapat Penulis

Bagi penulis, filem Doraemon kali ini adalah sangat menarik seperti mana filem-filemnya yang terdahulu namun begitu terdapat sedikit kelemahan terhadap pergerakkan mimik muka di dalam karakter ini dimana saya berpendapat mimik muka mereka adalah sangat buruk kerana pergerakkan mimik muka mereka boleh disifatkan sebagai terlalu lembut seperti watak kartun komedi.

Namun begitu, jika pembaca mahu kupasan lanjut tentang filem ini bolehlah merujuk kepada review filem ini yang disediakan di dalam sub page filem ini.

Disini saya sertakan rujukan bagi mereka yang ingin menonton filem ini bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang kisah animasi ini.

Sekian Terima Kasih

NOTA

Penulis betul-betul berharap yang para pembaca yang telah membaca blog ini agar men “follow”  blog ini atau meletakkan status “like” di facebook serta menyebarkan mengenai blog ini kepada kenalan anda yang lain agar perkembangan blog ini dapat diteruskan.

YRC

LAMPIRAN

URL

http://www.gogoanime.com/doraemon-movie-nobita-and-the-green-giant-legend

http://watchanimenow.com/doraemon-nobita-and-the-green-giant-legend/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s