DORAEMON: NOBITA’S GREAT BATTLE OF THE MERMAID KING

DORAEMON: NOBITA’S GREAT BATTLE OF THE MERMAID KING

SINOPSIS

Filem ini adalah merupakan filem terbaru Doraemon yang diterbitkan pada tahun 2011 dan juga merupakan kesinambungan kepada  kisah-kisahnya yang lalu yang menonjolkan  kisah pengembaraan Doraemon, Nobita dan rakan-rakannya yang lain dalam menempuh pelbagai dugaan dan cabaran.

Filem ini mengisahkan tentang seorang puteri duyung yang bernama Sofia yang sedang mencari pedang warisan milik kerajaannya yang hilang. Dalam usaha mencari pedang warisan tersebut, beliau telah berkenalan dengan Doraemon dan Nobita secara tidak sengaja.

Kisah ini bermula apabila Nobita meminta Doraemon untuk membawanya pergi menyelam bersama Sunyo dan rakan-rakan yang lain, dimana Sunyo enggan membawa Nobita bersama-sama mereka kerana menganggap Nobita masih tidak matang kerana beliau suka bermain permainan budak kecil seperti permainan lanun-lanun. Namun pada hakikatnya Giant lah yang mencadangkan permainan itu sejak dari mula lagi tetapi dinafikan oleh Giant kerana tidak mahu dianggap tidak matang seperti Nobita.

Ini menyebabkan Doraemon mengeluarkan satu alat bagi membolehkan Nobita berenang di darat dan di dalam kawasan bandarnya sendiri iaitu “cermin mata laut khayalan” dan “pam air khayalan”.  Doraemon telah menggunakan alat ini bagi menjadikan seluruh bandar tempat tinggal mereka menjadi laut khayalan dan membolehkan mereka berenang di dalamnya seperti laut sebenar. Bagi menambahkan lagi keseronokan menyelam, Doraemon telah mengeluarkan “kolam air 4D” untuk mencari ikan-ikan di dalam laut dan menggunakan “gas penghubung” untuk memanggil ikan-ikan tersebut masuk ke  dalam laut khayalan mereka.

   

Setelah malam menjelma, maka mereka berdua memulakan aktiviti menyelam mereka di dalam laut khayalan tersebut dengan bantuan “hammer kaki

sirip” milik Doraemon .Ini adalah untuk memastikan Nobita dapat berenang dengan baik kerana bandar tempat tinggal mereka telah pun menjadi laut  khayalan dan terdapat banyak ikan yang berenang di dalamnya. Mereka berdua telah bermain dengan ikan-ikan tersebut dan mengambil gambar bagi membuktikan kepada Sunyo dan rakan-rakan yang lain bahawa Nobita juga mampu menyelam seperti mana mereka semua.

Masalah mula timbul apabila secara tiba-tiba seekor jerung telah masuk ke dalam laut khayalan mereka melalui gas penghubung dan mencetuskan huru-hara. Doraemon dan Nobita telah menghantar jerung tersebut pulang bersama ikan-ikan yang lain menggunakan satu alat yang dipanggil sebagai “kotak muzik memanggil pulang ke rumah” dan seterusnya menutup kolam air 4D dan gas penghubung tanpa menyedari yang Sofia tidak sempat pulang seperti mana ikan-ikan lain dan terperangkap di dalam bandar tersebut.

Pada keesokkan harinya, Nobita dan Doraemon menjadi gempar kerana terjumpa seorang perempuan yang pada mulanya disangka seekor jerung di halaman rumah mereka. Mereka telah menjemput Sofia ke dalam rumah dan cuba bercakap dengannya tetapi gagal kerana masalah bahasa yang berbeza, ini memaksa Doraemon menggunakan “konyaku penterjemah” bagi membolehkan mereka memahami bahasa beliau. Nobita telah memperkenalkan Sofia kepada rakan-rakannya yang lain dan telah membawanya bersiar-siar di bandar.

Namun begitu, Doraemon dan rakan-rakan yang lain merasa suatu keanehan terhadap diri Sofia kerana beliau menunjukkan sikap seolah-olah tidak mengenali dunia luar sebagai contohnya Sofia mengatakan bahawa dia tidak pernah melihat kapal terbang, melintas jalan-raya dan mengatakan benda yang terbang ke udara sebagai “berenang”.

Akhirnya, Doraemon mengajak Sofia terbang menggunakan telekopter atau “buluh terbang” dan Sofia merasa begitu teruja dengannya, tetapi secara tiba-tiba Sofia menjadi lemah kerana terkena panas terik matahari lalu meminta agar dirinya dapat berendam di dalam air. Doraemon membawa Sofia ke rumah Suzuka dan membiarkan beliau berendam di dalam tab mandi di rumah itu sambil ditemani oleh Suzuka sendiri. Ketika beliau sedang mandi, Suzuka telah melihat baju milik Sofia dan cuba membasuhnya, namun sesuatu yang ajaib telah terjadi dimana Suzuka telah bertukar menjadi ikan duyung.

Akhirnya, Sofia memberitahu kepada Doraemon dan rakan-rakan yang lain tentang rahsianya sebagai ikan duyung dan beliau sebenarnya seorang puteri duyung yang tinggal di dasar laut. Malah beliau juga mempunyai sebuah kerajaan dan rakyat jelata. Sofia juga telah menceritakan kepada mereka tentang hasratnya untuk mencari bintang asal nenek moyangnya sebelum berpindah ke bumi. Nobita telah mengajak rakan-rakannya supaya membantu Sofia mencari bintang asalnya namun gagal kerana kekurangan maklumat tentang bintang tersebut.

Seterusnya, mereka semua membuat keputusan untuk melawat tempat tinggal  Sofia dengan izin Sofia sendiri, dan untuk melakukannya, Doraemon telah mengeluarkan “cermin peniruan” untuk meniru pakaian Sofia supaya mereka boleh kelihatan seperti duyung. Doraemon juga telah mengeluarkan “lampu pelaras” supaya mereka semua boleh hidup di dalam air tanpa sebarang masalah selama 24 jam.

Kemudian, mereka semua telah pergi ke laut tersebut dengan menggunakan kolam air 4D dan bertukar menjadi seekor duyung. Ketika di dalam laut, mereka semua telah bermain bersama-sama ikan di sana dan kemudian telah bermalam di dalam khemah ajaib milik Doraemon. Namun sebelum itu, Sofia telah menceritakan kepada Doraemon dan rakan-rakannya tentang kisah pedang warisan milik kerajaannya yang telah hilang buat sekian lama dan beliau meminta bantuan Doraemon untuk mencarinya.

Doraemon telah mengeluarkan satu yang alat yang bernama “kertas karun dan unggun api rahsia” untuk mencari petunjuk tentang lokasi pedang tersebut,. Namun alat tersebut memberi petunjuk kepada mereka mengenai lagenda Raja Laut dan catatan kuno milik kaum Aqua sebagai klu untuk mencari pedang tersebut.

Seterusnya, mereka telah pergi ke istana Sofia namunsecara tiba-tiba mereka semua telah diserang oleh seekor belut gergasi dan menyebabkan mereka semua terperangkap ke dalam sebuah gua. Mereka semua kemudiannya telah diselamatkan oleh sepasukan pengawal duyung diraja yang diketuai oleh seekor ikan buntal yang bernama Haribu. Haribu telah bertindak menangkap Doraemon dan rakan-rakan yang lain kecuali Suzuka yang masih bersembunyi di dalam gua kerana mengesyaki yang Doraemon dan rakan-rakan telah menculik Sofia.

Sofia telah dibawa pulang semula ke istana duyung dan Doraemon dan yang lain-lain telah ditahan oleh Haribu dan cuba dijadikan makanan kepada jerung Megalodon  sebelum diselamatkan oleh Sofia. Namun pada masa yang sama, Suzuka telah ditangkap oleh puak ikan ganjil kerana di sangka puteri duyung kerana Suzuka memakai mahkota milik Sofia.

Menyedari bahawa Suzuka telah hilang, Giant dan Sunyo serta Haribu serta sekumpulan pengawal yang lain telah pergi mencari Suzuka di gua tempat mereka semua diserang oleh belut gergasi tadi namun gagal menjumpainya. . Tiba-tiba Haribu telah menjumpai cecair hitam dan serpihan pelik yang terdapat pada dasar laut berhampiran gua tersebut.

Haribu akhirnya menyedari bahawa semua perkara  yang berlaku ini adalah angkara puak ikan ganjil yang telah menyerang mereka menggunakan belut gergasi tadi dan menculik Suzuka. Beliau telah melaporkan perkara ini kepada Professor Negina dan beliau sendiri mengesahkan akan perkara tersebut. Pada masa yang sama, Dorami telah muncul dari dalam poket ajaib Doraemon untuk menghulurkan bantuan kepada mereka.

Maka bermulalah usaha untuk menyelamatkan Suzuka di mana Doraemon telah mencadangkan supaya mereka memperdayakan puak ikan ganjil dengan memberikan mereka pedang warisan yang palsu dengan menggunakan alat yang bernama “siput mutiara” milik Dorami. Keadaan bertambah cemas apabila Doraemon menyedari yang kesan lampu pelaras kian berkurangan dan ini meletakkan Suzuka dalam keadaan bahaya.

Doraemon dan Nobita telah pergi bersemuka dengan puak ikan ganjil dan menuntut supaya Suzuka dilepaskan namun puak ikan ganjil mahu mereka semua memberikan pedang tersebut terlebih dahulu kepada mereka. Doraemon telah memberikan pedang tersebut namun puak ikan ganjil telah melanggar perjanjian pertukaran dengan melemparkan Suzuka ke udara namun sempat disambut oleh Doraemon. Suzuka akhirnya selamat selepas Nobita memancarkan cahaya daripada lampu pelaras milik Doraemon.

Puak ikan ganjil tidak melepaskan mereka begitu sahaja, mereka telah melancarkan serangan terhadap Doraemon dan rakan-rakannya namun berjaya di selamatkan oleh Dorami menggunakan “kain memterbalikkan serangan” dan menyebabkan puak ikan ganjil terpaksa berundur. Selepas itu, mereka telah pulang ke istana dan berjumpa Professor Negina. Professor tersebut telah memberitahu kepada mereka tentang maksud tulisan lama puak Aqua kuno dan menjelaskan bahawa doa tulus daripada Sofia sahaja yang boleh menyeru pedang tersebut.

Di lain cerita, puak ikan ganjil telah menyedari bahawa mereka semua telah ditipu oleh Doraemon dan rakan-rakannya. Ini menyebabkan mereka bertindak melancarkan serangan ke atas puak ikan duyung bagi mendesak mereka menyerahkan pedang warisan tersebut kepada puak ikan ganjil. Puak ikan duyung bertindak dengan melancarkan serangan balas bagi menghalang serangan puak ganjil namun gagal kerana kekuatan puak ganjil sangat hebat.

Akhirnya, pedang tersebut telah muncul dengan sendiri selepas mendengar doa daripada Sofia namun ianya berjaya dirampas oleh ketua puak ikan ganjil. Beliau telah menggunakan pedang tersebut untuk menyerang puak ikan duyung dan menyebabkan kemusnahan besar kepada mereka. Doraemon telah bertindak pantas dengan mengumpan keluar ketua puak ikan ganjil dari laut dengan menggunakan gas penghubung dan memperdayanya dengan cermin mata laut khayalan untuk membawanya ke darat.

Ini menyebabkan pedang tersebut kehilangan fungsinya kerana ianya hanya berkuasa di laut sebenar dan serangan ketua puak ikan ganjil tersebut berjaya dihentikan. Namun secara tiba-tiba, Sofia telah bertindak berani dengan menyerang ketua puak ikan ganjil tersebut namun dengan mudah beliau dapat ditewaskan oleh ketua puak ikan ganjil tersebut. Kemudian, ketua puak ikan ganjil tersebut telah cuba membunuh Sofia namun berjaya dihalang oleh Doraemon dengan menggunakan “metal dekamaru”.

Seterusnya, Doraemon cuba untuk memerangkap ketua ikan ganjil tersebut dengan mengarahkan Dorami agar mematikan suis pam air khayalan dan menyebabkan ketua puak ikan  ganjil itu disedut masuk ke dalam pam air khayalan. Kejayaan Doraemon dan rakan-rakan menumpaskan ketua puak  ikan ganjil membolehkan Ratu Odenu memaksa saki-baki puak ikan ganjil yang lain menyerah kalah dan akhirnya mereka semua ditangkap.

Pada pengakhiran cerita ini, keamanan telah berjaya dikembalikan  kepada puak ikan duyung dan Sofia akhirnya ditabalkan sebagai Ratu ikan duyung. Beliau berikrar untuk kembali semula ke bintang Aqua dan mengembalikan kecantikan bintang tersebut dengan menggunakan pedang warisan tersebut. Doraemon dan rakan-rakannya telah kembali semula ke dunia asal mereka dan meneruskan hidup seperti biasa.

Pendapat Penulis

Seperti biasa, filem Doraemon memang tidak pernah mengecewakan dan masih seronok di tonton oleh semua lapisan masyarakat serta memiliki banyak pengajaran. Jalan cerita ini agak menarik walaupun sedikit tergantung kerana tidak banyak menceritakan tentang bintang Aqua dan sejarah peperangan kedua-dua ikan yang menetap di bintang tersebut dan tidak juga menceritakan mengenai apa yang akan dilakukan oleh Sofia untuk pulang semula ke bintang nenek moyangnya itu.

Dibawah ini, penulis memberikan rujukan kepada para pembaca yang ingin menonton sendiri filem ini bagi memahami kisah pengembaraan Doraemon, Nobita dan rakan-rakannya yang lain yang penuh dengan cabaran.

Sekian Terima Kasih

NOTA

Penulis betul-betul berharap yang para pembaca yang telah membaca blog ini agar men “follow”  blog ini atau meletakkan status “like” di facebook serta menyebarkan mengenai blog ini kepada kenalan anda yang lain agar perkembangan blog ini dapat diteruskan.

YRC

LAMPIRAN

http://www.amixstream.net/doraemon-nobitas-great-battle-of-the-mermaid-king/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s